Khamis, 23 Februari 2012

Pertahanan Mutlak

Apakah itu pertahanan mutlak?
Mengapakah pertahanan itu penting di Singapura?

Tuliskan pendapat kamu mengenai pertahanan mutlak tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

4 ulasan:

  1. Cerita aneh tentang sekumpulan kacang bukanlah cara konvensional dalam menyampaikan mesej Pertahanan Mutlak.

    Namun, sekumpulan pelajar dari Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas telah mementaskan adegan tersebut sebagai penyertaan mereka dalam satu peraduan animasi NE mation! bertemakan Pertahanan Mutlak.

    Peraduan tersebut bertujuan memberi remaja peluang untuk melahirkan pendapat mereka mengenai Pertahanan Mutlak melalui klip animasi selama 60 saat, yang akan ditayangkan di merata Singapura .

    Sejumlah 10 kumpulan telah terpilih dalam peraduan animasi itu. Untuk melayakkan diri, setiap pasukan perlu mengorbankan seminggu masa sekolah untuk mempelajari teknik animasi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

    BalasPadam
  2. Para pembeli-belah terhenti seketika. Anak-anak kecil duduk di bahu ibubapa mereka hanya untuk menyaksikan persembahan, manakala orang-orang dewasa berkerumun di sekeliling pentas.

    Acara yang menarik perhatian orang ramai di Tropics Atrium Suntec City adalah sebuah persembahan pusparagam muzikal.

    Acara tersebut merupakan salah satu acara kemuncak di acara peringatan Pertahanan Mutlak, TD 25, yang berlangsung pada 15 Febuari lalu.

    Dianjurkan oleh Nexus, agensi penyelarasan pusat bagi Pendidikan Nasional di Singapura, acara tersebut menandakan pencapaian 25 tahun sejak Singapura mula-mula mengambil Pertahanan Mutlak sebagai strategi pertahanannya sejak tahun 1984.

    Tema utama acara tahun ini adalah "Apakah yang akan anda pertahankan?".

    Bertujuan untuk menyatukan seluruh negara dalam mempertahankan Singapura, lima tunggak Pertahanan Mutlak ialah militari, sivil, ekonomi, sosial dan psikologi. Sepanjang 25 tahun yang lalu, ia telah membantu Singapura membina angkatan pertahanan yang perkasa.

    Ia turut mengembangkan sistem respons kecemasan, memastikan langkah-langkah kesinambungan perniagaan, mempereratkan keharmonian kaum dan kebingkasan negara.

    Dengan adanya rangka ini, Singapura boleh mengatasi apa sahaja cabaran yang dihadapinya, kata Menteri Pertahanan Encik Teo Chee Hean di acara TD 25 tersebut.

    BalasPadam
  3. Gerakan sumber awam merupakan sebahagian dari pendekatan lima penjuru menuju Pertahanan Mutlak – yang bertujuan untuk mencegah para pengganas yang berpotensi. Pemilik sumber awam meluangkan asset dan perkhidmatan penting mereka untuk operasi SAF dan ada kalanya dalam masa kecemasan nasional

    BalasPadam
  4. Dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang, kebanyakan konglomerat dan perniagaan-perniagaan kecil kini merasakan kesempitan kewangan. Namun, sangatlah menggembirakan apabila kelihatan para pemilik sumber-sumber awam di Singapura masih kekal menyokong Pertahanan Mutlak.

    Lebih dari seratus buah kenderaan sumber awam yang terdiri dari pelbagai jenis, termasuk lori dan kenderaan muatan rendah telah diaktifkan sewaku suatu latihan gerakan pada 16 Mei lalu.

    Dalam masa sesingkat beberapa jam sahaja selepas pemberitahuan, mereka telah berhimpun di Singapore Expo untuk pemeriksaan dan pengesahan, oleh para askar dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

    "Gerak balas yang pantas dan bersedia dari para pemilik dan sumber mereka adalah perkara yang paling utama", puji Ketua Kawalan dari Penguasa Sumber Awam, Encik Teo Hoon Bong.

    Latihan gerakan yang dijalankan dengan jaya itu telah disaksikan oleh Menteri Negara untuk Pertahanan, Profesor Madya Koo Tsai Kee dan hampir 100 orang pengunjung yang lain. Di kalangan yang turut hadir merupakan para anggota Majlis Penasihat untuk Hubungan Masyarakat dalam Pertahanan (ACCORD), para pemimpin akar umbi dan para pemilik sumber awam.

    "Jika kami menjalankan latihan ini dengan baik, ia akan memastikan bahawa Singapura akan menjadi sebuah tempat yang lebih selamat dan rakyatnya pula akan bertambah yakin untuk melabur dengan kami. Ini akan memberikan manfaat kepada pertumbuhan dan keselamatan kita," kata Profesor Madya Koo.

    BalasPadam