Khamis, 28 April 2011

Peristiwa Yang Menyeramkan

Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan berdasarkan tajuk yang diberikan. kamu boleh menulis tentang kejadian sebenar atau mimpi yang kamu alami.

Rabu, 20 April 2011

Masalah Atau Hal Peribadi Yang Saya Tidak Kongsi Dengan Ibu Bapa

Kamu mungkin mempunyai masalah atau perkara peribadi yang saya rasa sukar untuk diberitahu kepada ibu bapa.

1) Terangkan apa perkara / masalah itu.
2) Mengapa kamu rasa perkara itu peribadi.
3) Apa kesannya terhadap diri kamu sekiranya kamu memberitahu ibu bapa.
4) Kamu lebih selesa menceritakan perkara itu kepada siapa?

Khamis, 7 April 2011

Bencana di Jepun

Baru-baru ini negara Jepun telah dilanda bencana. Penduduk dunia turut meratapi kesedihan yang ditanggung negara tersebut. Nyatakan pendapat kamu tentang peristiwa ini.

Rabu, 16 Februari 2011

Bagaimana Saya Mengatasi Tekanan Dalam Hidup

Manusia tidak sepi daripada masalah-masalah dan tekanan hidup. Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri bagi menangani perkara tersebut. Cuba jelaskan bagaimana kamu mengatasi masalah-masalah yang melanda diri kamu sendiri. Jika kamu tidak ada jalan keluar bagi sesuatu masalah itu, apakah yang kamu lakukan?

Selasa, 8 Februari 2011

Isu Samseng Remaja Melayu semakin membimbangkan.

Baru-baru ini, kes-kes jenayah yang melibatkan samseng remaja semakin meningkat. Apa yang menyedihkan ialah sebilangan besar mereka adalah remaja Melayu.
1) Cuba kamu nyataka kesan-kesan terhadap diri remaja yang menganggotai kumpulan samseng ini.
2) Nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan agar seseorang remaja itu tidak melibatkan dalam kumpulan tersebut.

Selasa, 4 Januari 2011